Followers

Sunday, April 21, 2013

Makan di That Little Gerai

Saat ini aku sepatutnya buat system final year dan buat blog internship, tapi nan hadoo. Dua benda tu perlukan tahap pemikiran yang kritis dan kreatif , tak kuasa aku sebab aku memang malas berfikr.

Jadi ayuh kita kemaskini blog.

Awal April budak-budak kelas rajin pulak nak buat gathering.Malam tu hujan lebat tapi plan tetap 'on', Mastermind die gila sikit sebab hujan lebat nih tapi die macam takde ape-ape pulak. Bahaya taw!

Rancang nak makan malam dekat satu kedai ni, dekat AU5 dekat dengan giant MRR2. Nama kedai tu 'That Little Gerai'. Memandangkan namanya pun gerai, kedai die memang gerai la pun, takde besar mana.

Malam tu satu khemah kitorang conquer , dan masih mengikut syarak sebab meja lelaki dan perempuan berasingan. Etika sangat taw tak kira bila dan  di mana saja. Makanan memang best dan sedap. Lagipun malam tu semua order western food. Layan habis hujan renyai2, makan western pulak ditambah lagi gerai tu pasang 'country' song. Bahagian yang paling best , pelayan die yang sorang tu, memang sporting habis selari dengan mulut beliau yang sporting jugak.

Siti si 'artis pujaan'


Siti, Ika, Laila. dan segelas cawan lilin
semangat sebab kitorang sampai awal.
of course me...

 Aku order grilled chicken with mashed potato & salad. Sedap kau. Aam tu biasa la memang rasa ayam la kan, favourite aku mashed potato tu. Walaupun takde gravy, tapi sedap sangat, lemak susu die semua cukup. Tekstur die tak berat , bila suap tu sedap aje die cair di mulut.

Cuma nya harga kat sini a bit pricey la aku rasa. Grilled chicken ni 15.++. Kalau tempat lain mungkin paling mahal rm13++ camtu. Takpelah mahal sikit sebab aku rasa berbaloi dengan harga die. Aku suka layanan abang mulut tak cover tu dan aku suka tengok tukang masak dia. Tukang masak die lelaki okey, nampak macam otai-otai semuanya, style diorang memang proffesional.


Ini lah dia  budak2 Sec 02 Year 3 CU203..
KAMI SENIOR TAPI HUMBLE.